Tuesday, November 3, 2009

Aah. Of course, Malaysian and food.

Senario 1
Kau nak pegi tak MSD (Malaysian Student Department) petang ini?
Ada apa?
Entah majlis apa entah. Tapi ada makan malam free la.
Eh ye ke? Ok la mesti pergi!

Senario 2
Weh Hyde Park tutup lah malam, macam mana nak jalan pergi MSD?
Erm naik tube atau bas je lah, nak buat mcm mana.
Ala.. malas la nak bayar. tube 1.50 pound. bas 1.00 pound kot.
Ala. Harga makanan yg sepatutnya kau bayar utk makan malam nanti jauh lagi mahal dari harga tube dan bas kau tau. Tapi free kot!
Oh aah ye kan. Ok la. Jom.

Senario 3
Eh banyak makanan lebih la. Mcm mana nak bungkus. Erm, akak (panggil kakak jaga makanan) ada polisterin? Nak tapau bawak balik hall. Hehe.
Nah.
Akak ada getah tak?
Nah.
Akak ada beg plastik tak?
Nah kau (tunjuk genggaman penumbuk).

Senario 4
Bla2.. bla2... (sembang melayu dlm bas)
Hey, you guys are from Malaysia?
Yeah! Are you from Malaysia?
Oh no, i am from India. But I travel to Malaysia, like, every summer.
Oh cool. How do you know us from Malaysia? Our language?
Oh yeah, your language. And of course, you are carrying food (tunjuk bekas polisterin).

Monday, November 2, 2009

Jangan baca la kalau korang bersih sangat!

takkan dah besar panjang org nak kena ajar lagi?
kau nak buat benda itu, sila la basahkan dulu kawasan dalam tu.
tahu la pakai tisu.
sebab kalau kering nanti melekat2. tinggal saki baki.
dah tu tiada effort langsung nak hilangkan sisa sendiri dalam tuh.
eh come on la wey geli la wey takkan tak reti fikir?
berus jamban ada pakai la!
sumpah aku benci nak mampos.
arrgghhh tertekan! mmg aku marah sangat.
maaf ahh kalau bunyi kotor. siapa suruh korang baca.
sudah.
babai.

Thursday, October 22, 2009

Kenapa


aku

dan

kau

hidup

di

dunia

milikNya?

Wednesday, October 21, 2009

Kalaulah dari dulu lagi aku kenal apa itu jaffa cakes......

betul la. buat fakta rawak amat mudah. tak payah nak susunatur isi. kan? nah kau.

:: walaupun aku hanya ada lecture 2 jam sehari dan tutorial sejam setengah, masih terasa yg kehidupan di sini mcm sibuk. kenapa eh? Ya Allah lapangkanlah hidup kami, mudahkanlah urusan kami, ameen.

:: eeee takde kamera, susahnya nak ambil gambar kenang-kenangan di sini!

:: ya, akademik di sini sgt susah, atau lebih baik aku katakan pada peringkat universiti mmg susah. sgt. susah sgt. tercirit2 sorang2 aku mengejar, asyik tertinggal di belakang "=.=

:: 'freshers flu' mereka cakap? jadah apa? sgt menyakitkan hati ok kalau lecturer tgh bersyarah di depan dan kalian asyik terbatuk2 terkekeh2 tak henti2. arrghh tertekan. lebih menyakitkan hati, suka sgt menghembus hingus ketika di bangku kuliah dan kemudian meletakkan tissue yg sarat dgn cecair kuning2 di sebelah mereka atas meja seolah2 ia suci sgt tanpa was2. eh hello, geli la! tolong la wey.

:: dah 3 minggu aku di perantauan. negara orang putih. tapi hari ini baru kali kedua aku makan spaghetti.

:: sejak di sini baru aku kenal apa itu 'jaffa cakes' dan sekarang aku sudah mula ketagihannya. pagi jaffa cakes, petang jaffa cakes, malam jaffa cakes. tahu apa itu? 'some jam, some chocolate-definitely jaffa'. =P sekotak cuma 34pence, ada 24 keping. hey, murah sgt ok? siapa cakap hidup kat London mahal?
dan member aku mula memanggil aku 'jaffa'. ceyt.

:: ya, aku pelanggan tetap produk Sainsbury's Basics. produk2 yg paling murah di muka bumi ini, jika dibandingkan dgn kualitinya.

Monday, October 12, 2009

KiKiLalA

tahu apa yang bestnya membeli-belah di tempat aku ini?

hari ni aku mencarik baju panas. maka terjumpalah yang berkenan di hati. amek cuba try test pakai, wah muat dan fit cantek2 ajo. smart dowh. tampak elegen dan ekslusif.
dan selak price tag. 70%. bagus. lantaklah kau buat double pricing ke hape ke. janji murah.
dan selak lagi tag.
for age 13.
lalu terus pergi ke kaunter dan membayar. terasa riang-ria ribena sebentar. yeay.
^_^

Sunday, October 11, 2009

Demam Sabtu Malam

Macam, kau pehal ah aku senyum dekat kau, kau rolled-your-eyes dan kau kasi jelingan-eeeuuu-i-hate-you-go-away!! eeee geram ok. period la aku mcm ni. nasib baik kau tak flip-your-hair-and-walk-away dari aku kalau tak, aku tarik rambut kau tanpa belas kasihan. ahh ok fine, malam ini sabtu malam, mungkin kau tengah mabuk haram, aku lupa kot. lantak kau lah.


--> terima kasih msd dan seniors utk majlis siang tadi. makan sedap nak mampos weyh.

Wednesday, October 7, 2009

Pabila Impian Terlaksana

how was your day?
yeah, great. but it was a bit tired..
what? what is it.. tired?
yeah, it was tired..
what?
oh i mean it was TIRING!
ohh..

fine la kan tersasul salah grammar sikit kau dah tak faham. malu aku, ok. abaikan. inilah roommate aku. dari China. cool jugak. menyukai masakan malaysia. dan beliau tak layan bola!!!! yes. yes. yes.
babai.

Wednesday, September 30, 2009

Eh Tak Sangka.

aku ke klinik gigi tadi setelah hampir tiga tahun tak mengecek gigi. semasa menunggu, seorang makcik ibu kepada anaknya yg sedang menerima rawatan bersembang dgn receptionist klinik itu. aku pasang telinga.
"ha jumaat ni dia nak pi dah la. buat tesl. ha gelang emas.. bla2.. ha amboi cik jah, anak datuk kahwin artis.. bla2.. jiran hujung kampung tu, laki cik saodah ada pompuan lain haa.. bla2.."
ok fine aku melebih2.
anak beliau akan ke warwick, satu flight dgn aku nanti.

eh tak sangka berjumpa dgn member satu sponsor di klinik gigi.


aku usha2 sijil2 doktor tersebut yg bergantungan di dinding. oh beliau dari RCSI. dan west anglia. dan eh UCL? wah london.

eh tak sangka berjumpa org london jugak di klinik gigi.


sementara menunggu giliran, aku ambil angin di luar. sebelah klinik gigi itu adalah klinik awam. sekumpulan org dewasa turun dari sebuah kenderaan mpv. seorang lelaki mengambil gambar hadapan klinik awam itu dgn camera pokchek. suasana mcm sedikit kecoh.
"eh apakah yang sedang berlaku ini?" detik hati aku.
aku perhati dan mendekati tempat kejadian. dan laaa fine la terjumpa mak aku. beliau dan kumpulan terjahnya mmg bertugas menerjah secara mengejut dan menginspect klinik kalau2 ada klinik tanpa lesen yg sah, fizikal klinik yg tak mematuhi piawaian dan sebagainya.

eh tak sangka berjumpa mak dekat klinik gigi.


aku ke klinik itu pakai kemeja-T kolej yg warna biru. ya, kain dan potongan kemeja-T tu sgt sepadan dgn bentuk tubuh aku, jadi mmg menjadi feveret. doktor yg merawat aku tertarik dgn kemeja yg aku pakai. beliau belek.
"kolej yayasan uem...? eh anak sedara saya seorang di situ." jelas beliau tanpa disoal.
"siapa gerangannnya?" aku bertanya.
"amir. amir hashim muscom" balasnya penuh yakin. (fine dia tak sebut muscom pun)
"laaa kenai la doktor dia tu dulu satu sekolah dgn saya jugak kat sains bm nuh.."

eh tak sangka berjumpa dgn makcik rakan aku di klinik gigi.


sudah. ini entri mengarut. dah tak keruan. lagi 2 hari saja aku di rumah ni. sedih weh.

Tuesday, September 29, 2009

I am chair leg. So what?

Now I wish my future roomie does not watch football and does not give a shit about it so that we will get along very very well then I dont have to pretend "bro, jom tgk bola bro" or " bapak sial emyu kalah semalam dowh" or something like that.

erm. don't comment on this ya.

Friday, September 25, 2009

Ya. Mood saya pada hari ini.



(^_^)


Thursday, September 24, 2009

Pantat kau! Emosi la aku macam ni.

ouh how i effing HATE it so much when people obviously make such an offensive statement but then they say "no offence" and it's like kebabian to the power of infinity. period.



-istighfar-

Monday, September 21, 2009

Kadang-kadang, cool jugak ok tulis benda secara rendem.

::baik. aku puas beraya. esok kena mula sambung shopping. bukan sambung. maksud aku START shopping makanan utk dibawak pergi. alahaiiii.

::aku mmg sgt2 malas nak start pek-pek barang ni semua. serius takde mood.

::rendang ayam mak aku adalah the bestest thing in the world. kalau tak percaya mai cuba.

::ya. hari raya ini, sgt ramai perempuan aku perhati mula berjinak2 dgn tudung ternganga gaya siti. tudung yg ternganga luas tu. tapi yg bagusnya diorang tutup dulu rambut dan leher, takde jambul tinggi 4 inchi, baru sarungkan tudung nganga. bukan mcm seorang penyanyi bergelar datuk isteri kpd datuk seri tu. aku tanak la ckp sape kan. nama dirahsiakan.

::aku fly 2hb Oktober, jumaat. fight dari penang international airport ke klia 520pm. dan klia ke london 1140pm. jadik, rakan2 yg tak dapat hantar aku kat klia, sila hantar aku kat penang!!

::awas artis2 baru! aku boleh terima kalau korang keluarkan lagu raya yg baru tapi tak laku. fine, takde rezeki. tapi kalau korang nak nyanyi balik lagu2 raya artis dulu, sila nyanyi dgn berdisiplin dan jangan over. sumpah aku benci. anuar zain dan dayang, kamu berdua aku plg meluat. over sgt menyanyi lagu org lain. come on la!

::dulu masa kakak aku nak fly lagi berape hari je, dia belum start pek barang. mak aku marah2. beliau pun bertegas suruh kakak aku start packing. kemudian kakak aku pun keluarkan beg nak start kemas barang. sejurus lepas tu beliau mula menangis kesedihan pula. hmmmm.

::te helll la aku tgk tentatif program utk freshers week, byknya party di club, pub bagai, sakan pagi petang siang malam. isk isk isk. dan aku tgh cuak fikir ayat. mcm mana nak tolak kalau ada depa ajak nanti. utk beberapa kali. tambah2 nanti aku akan dapat seorang roomate. musti dia ajak. kan. eh? T____T tolong aku weyhhh.

::aku igt nak start revise balik buku biology alevel sebelum berangkat nanti. siapa setuju dgn cadangan ni?

::dan rabu ini 23 September ada makan2 sikit kat rumah aku. siapa yg ada kat sekitar penang atau mana2 saja, jemput2 datang. cari saja uitm permatang pauh, then boleh jumpak rumah aku.

Sunday, September 20, 2009

Penutup TUV =)

rakan2 kpm, ini pesanan dari org kuat TUV, cik lili tai dan bro naufal. =) selamat hari raya ye.

******************

Salaam Alayk~

Berita baik buat semua. Alhamdulillah. Tabung Untukmu Visa yang dilancarkan beberapa minggu yang lalu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Syukur diucapkan juga kerana setakat ini, hanya seorang sahaja setakat ini yang mempunyai masalah dengan permohonan visa(yang bagitau la and as far as we know).

Jumlah terkumpul : MYR685.60 + GBP 90.oo [till 9.00pm 17 September 2009]

Untuk makluman, jumlah yang terkumpul adalah melebihi dari apa yang diperlukan. Jadi, ana sebagai wakil ajk yang mengendalikan TUV ingin meminta pendapat anda bagaimana duit lebihan ini akan diuruskan? Setakat perbincangan kami, lebihan dana akan diserahkan kepada Aman Palestin bhd sebagai bantuan untuk negara Palestine. Andai ada yang tidak bersetuju, anda boleh terus menghubungi Naufal Jailani [+60139147257] mahupun Lili Tai[+60136422198 or +60166337922] untuk menyatakan pendapat anda.

p/s : Pandangan anda juga boleh dikemukakan diruang feedback entry kali ini. Thanx again buat yang membantu. Kami doakan agar urusan anda akan dipermudahkan tuhan. Ameen~

*********************

Saturday, September 19, 2009

Tolonglah jangan salah faham lagi, ok?

tuh, tajuk kat atas tuh. idieism. uhuk sesetengah org dah salah konsep. ia bukan idea-ism. ia adalah idie-ism. sebutannya eee-dii-eizem. bukan aii-dii-yee-eizem.
tahu kan, idie tu ape? =P
bukan idea as in pemikiran. mu pahe dok teme dok ghoyak ni?
hah ok fine la tak penting pun benda ni. saja buat kecoh kan.

oleh itu, sambutlah salam lebaran dari aku.

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin

*dowh. bapak arr dowh. tahun ni iklan raya tak best sial. sedey dowh.

Friday, September 18, 2009

Dilema lelaki

sila fahami 3 data ini.
1. rambut aku panjang.
2. ahad ni raya.
3. dan aku fly 2 oct. lebih kurang lagi 2 minggu.

permasalahan :
kalau aku potong rambut utk raya, maka akan rugi 14 hari rambut pendek sebelum fly. sementara menunngu 14 hari tu pun rambut dah tumbuh sikit2. jadi kat sana nanti aku kena spend duit 14 hari lebih awal utk potong rambut. fine.
tapi, kalau aku potong rambut sehari sebelum fly, maka aku akan tampil tak menawan utk hari raya. rambut panjang takleh pacak2. serabai ok.

isk. tolong weh. apa harus aku buat. im sooo on the horns of a dilemma!